SEJARAH
PENUBUHAN

Hasrat
untuk menubuhkan sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan telah dikemukakan
oleh Tan Sri Abdul Samad Idris (Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan
ketika itu) dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada
21 Julai 1956 (1377 Hijrah).
Dengan
itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1956 (1377 Hijrah)
untuk mengkaji usul tersebut serta membuat cadangan. Cadangan berkenaan
telah diluluskan oleh ahli mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 30 Oktober
1958 (1379 Hijrah).
Istana Lama Seri Menanti
Akhirnya
sekolah yang dicita-citakan itu ditubuhkan pada bulan Jun 1959 (1380 Hijrah)
dengan nama Sekolah Ugama Menengah Tinggi (SUMT) di bangunan Istana Lama
Seri Menanti (kini Muzium DiRaja Seri Menanti) sementara menunggu siapnya
bangunan tetap di Seremban. Pada tahun 1964 (1384 Hijrah) sekolah ini telah
beroperasi di bangunan barunya.
Pada
tahun 1977 (1397 Hijrah) Kementerian Pendidikan telah mengambil alih sekolah
ini dan namanya diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Seremban. Sempena menyambut Jubli Peraknya pula iaitu pada 21 Julai 1984
bersamaan dengan 22 Syawal 1404 H, nama sekolah ini telah ditukar sekali
lagi menjadi SMKA Sheikh Haji Mohd. Said, Seremban dan nama ini kekal sehingga
ke hari ini.